Frequently Asked Questions

Find quick answers to common queries below

1. Kenapa pelajar UMPSA wajib mendaftar kursus Kokurikulum?

Kursus Kokurikulum adalah termasuk di bawah kluster Matapelajaran Pengajian Umum (MPU4) yang wajib diambil oleh pelajar. Pelajar WAJIB melengkapkan 2 kredit kursus kokurikulum mengikut struktur kurikulum bagi semua pelajar diploma dan sarjana muda.

2. Apakah kod kursus kokurikulum bagi diploma dan sarjana muda?

Bagi pelajar Diploma, kod kursus kokurikulum adalah UQA1002, dan bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda / Dual Ijazah Sarjana Muda, kod kursus kokurikulum adalah UQA2002.

3. Adakah boleh seseorang pelajar itu tidak mendaftar kursus Kokurikulum

Tidak. Pelajar WAJIB mendaftar dan lulus kursus Kokurikulum sebagai syarat bergraduat dan penjelasan lanjut disediakan di dalam Buku Peraturan Akademik Program Diploma Dan Sarjana Muda Sepenuh Masa UMPSA.

4. Jika ia kursus wajib lulus, kenapa penawaran kursus Kokurikulum berbeza dengan kursus kursus yang lain?

Kursus kokurikulum yang ditawarkan di UMPSA adalah bersifat modular di mana pelajar perlu mengikuti 4 modul kokurikulum (8 CATS) bagi melengkapkan 2 kredit kokurikulum. Pelajar boleh membuat tempahan modul yang diminati mengikut jadual penawaran modul kokurikulum oleh Akademi Adab.

5. Apakah senarai modul-modul yang ditawarkan?

Modul-modul yang ditawarkan adalah berbeza mengikut semester. Antara modul yang ditawarkan adalah seperti Memahami Kesihatan Mental, Pengenalan Golf, Asas Catur, Proofread-lah, Kayak dan lain-lain.

6. Bagaimanakah cara pelaksanaan modul kokurikulum di UMPSA?

Modul-modul kokurikulum yang ditawarkan melalui dua kaedah iaitu bersemuka atau dalam talian mengikut modul masing-masing. Bagi modul bersemuka, pelajar yang berdaftar perlu hadir ke bilik kuliah yang telah ditentukan. Manakala bagi modul dalam talian seperti asas catur dan Edit Like A Pro with Canva, pelajar perlu mengikuti kelas melalui platform yang diberikan oleh jurulatih.

7. Adakah pelajar dibenarkan mendaftar kesemua modul di Akademi Adab sepanjang pengajian di UMPSA?

Pelajar WAJIB mendaftar dan menghadiri maksima empat (4) modul kokurikulum bagi memenuhi 2 kredit kokurikulum untuk bergraduat. Bilik kuliah yang telah ditentukan. Manakala bagi modul dalam talian seperti asas catur dan Edit Like A Pro with Canva, pelajar perlu mengikuti kelas melalui platform yang diberikan oleh jurulatih.

8. Adakah pelajar perlu membayar apa-apa kos tambahan untuk mengikuti modul-modul di Akademi Adab?

Tidak perlu. Ini kerana pelajar telah pun membayar yuran pengajian pada setiap semester dan yuran kokurikulum adalah termasuk dalam yuran per semester yang telah dibayar.

9. Bagi pelajar tahun satu (1), adakah perlu mengumpulkan CATS dengan segera dan membuat tuntutan kredit?

Tidak perlu. Pelajar tahun 1 dibenarkan untuk mendaftar kokurikulum bermula pada semester 1 dan boleh merancang untuk pendaftaran baki modul pada semester berikutnya.

10. Dimanakah pelajar boleh mendaftar modul kokurikulum?

Semua urusan berkaitan penawaran, pendaftaran, semakan modul, tuntutan kredit boleh dibuat melalui sistem MyCredential (https://mycredential-b.com/CredB/adab/)

11. Bilakah penawaran dan pendaftaran modul kokurikulum? Dimanakah pelajar boleh mendaftar modul kokurikulum?

Penawaran modul akan dibuka mengikut jadual "Open Registration (OR)", di mana pelajar boleh membuat pendaftaran modul sama ada pada hujung semester atau awal semester berikutnya.

12. Berapakah modul yang perlu pelajar daftar pada 1 semester? Boleh kah saya mengambil lebih dari 2 modul?

Setiap pelajar hanya dibenarkan untuk mendaftar DUA (2) modul sahaja pada setiap semester semasa yang berjalan.

13. Sekiranya saya berada di semester terakhir, tetapi belum memenuhi 8 CATS, apakah yang perlu saya lakukan?

Bagi pelajar yang berada di semester/tahun terakhir dan masih tidak melengkapkan jumlah CATS/modul perlu membuat permohonan melalui sistem MyCredential pada minggu 1-2 setiap semester. Sekiranya tidak dapat membuat tempahan, pelajar perlu ke Pejabat Akademi Adab untuk membuat pendaftaran secara manual (tertakluk kepada kelulusan Akademi Adab).

14. Apakah maksud SLT dalam konteks kokurikulum?

SLT (Student Learning Time) merujuk kepada masa pembelajaran berkesan atau usaha pelajar dalam proses pembelajaran, termasuk masa untuk kuliah, tutorial, pembelajaran kendiri, dan penilaian formal. Satu modul kokurikulum bersamaan dengan 20 jam SLT.

15.Berapakah jumlah CATS yang diperlukan oleh pelajar untuk memenuhi syarat graduasi?

Bagi memenuhi syarat graduasi, pelajar perlu melengkapkan 2 kredit kursus kokurikulum sepertimana dalam struktur pengajian bersamaan 8 CATS atau 80 jam SLT.

16. Bolehkah pelajar menarik diri daripada modul kokurikulum yang telah didaftarkan?

Ya, pelajar boleh menarik diri daripada modul kokurikulum dalam tempoh Tambah Kursus/Gugur Kursus yang ditetapkan berdasarkan jadual pendaftaran

17. Bagaimana pelajar boleh mendapatkan maklumat tentang jadual dan pendaftaran modul kokurikulum?

Pelajar boleh menyemak penawaran, jadual, dan pendaftaran modul melalui sistem MyCredential. Tempoh pendaftaran adalah berdasarkan jadual rasmi yang dikeluarkan oleh UMPSA.

1. Bilakah kelas modul akan dijalankan?

Kelas modul yang ditawarkan pada setiap semester telah mempunyai satu tarikh yang ditetapkan. Setiap modul hanya dijalankan bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang. Pelajar WAJIB hadir ke kelas modul yang telah didaftarkan dan mengikuti kelas modul tersebut sehingga selesai.

2. Bagaimanakah saya ingin tahu dimana kelas modul yang telah ditempah akan dijalankan

Pelajar boleh menyemak jadual di MyCredential bagi mengetahui lokasi kelas dan pautan ke Group Whatsapp/Telegram

3. Bagaimana sekiranya saya tidak dapat menghadiri kelas tersebut?

Pelajar WAJIB menghadiri kelas modul yang telah ditempah. Sekiranya pelajar tidak dapat hadir, pelajar perlu memaklumkan kepada Jurulatih bagi Modul tersebut secara bertulis. Kegagalan mengemukakan alasan yang munasabah akan diberikan status "ABSENT" dan pelajar tidak boleh mengulang modul yang sama pada semester yang sama.

4. Bolehkah jika saya "walk in" kelas tersebut?

Tidak dibenarkan "walk in". Hanya pelajar yang telah berdaftar boleh menyertai modul tersebut. Sekiranya terdapat sebarang masalah, pelajar boleh hadir ke Pejabat Akademi Adab di Pekan/Gambang untuk urusan selanjutnya.

5. Apakah keperluan kehadiran pelajar untuk modul kokurikulum?

Pelajar wajib hadir modul berdasarkan jadual yang ditetapkan oleh Akademi Adab. Ketidakhadiran kerana faktor kesihatan boleh dipertimbangkan jika pelajar mengemukakan sijil perubatan yang disahkan dalam tempoh lima hari bekerja dari tarikh modul tersebut kepada jurulatih modul.

6. Apakah markah minimum untuk lulus modul kokurikulum?

Markah minimum untuk lulus modul kokurikulum adalah 40 markah, bersamaan dengan gred minima D.

7. Apakah yang berlaku jika pelajar gagal dalam modul kokurikulum?

Modul yang gagal (markah 39 dan ke bawah) tidak layak untuk memohon tuntutan kredit dan pelajar perlu mengambil modul baharu untuk melengkapkan jumlah CATS yang diperlukan.

8. Apakah langkah-langkah dalam proses penilaian modul kokurikulum?

Pelajar perlu melengkapkan semua penilaian seperti kuiz, laporan, dan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Sistem gred ditentukan oleh UMPSA, dengan markah lulus minimum adalah 40 markah.

9. Bolehkah pelajar yang gagal modul mendaftar semula modul tersebut?

Pelajar yang gagal modul perlu mengambil modul baharu untuk melengkapkan jumlah CATS. Modul yang gagal tidak boleh digunakan untuk tuntutan kredit.

10. Apakah yang berlaku jika pelajar gagal menyerahkan tugasan atau laporan modul?

Pelajar yang gagal menyerahkan tugasan atau laporan dalam tempoh yang ditetapkan akan diberikan markah sifar (0) untuk komponen tersebut.

1. Apakah itu CATS?

CATS adalah sistem persetaraan jumlah kredit berdasarkan usaha pembelajaran pelajar. Sebagai contoh, 0.5 kredit bersamaan dengan 20 jam Pembelajaran Pelajar (SLT) atau 2 CATS.

2. Adakah CATS akan tamat tempoh sekiranya tidak dituntut?

Tidak. Selagi pelajar belum membuat tuntutan pada modul yang terlibat, jumlah CATS tersebut akan terus berada dalam rekod sehingga ianya dituntut.

3. Bagaimana pelajar boleh membuat tuntutan kredit kokurikulum?

Pelajar aktif yang telah memenuhi sekurang-kurangnya 8 CATS layak membuat tuntutan kredit kokurikulum melalui sistem MyCredential. Permohonan hanya diterima dalam tempoh yang ditetapkan.

4.Bilakah pelajar boleh membuat tuntutan kredit kokurikulum?

Pelajar perlu cakna berkenaan dengan pemakluman pentadbiran berkenaan tarikh tempoh tuntutan kredit dibuka. Hebahan berkenaan dengan tempoh ini akan dibuat melalui pelbagai platform rasmi antaranya melalui email, ecommunity, pentadbiran fakulti, facebook dan instagram Akademi Adab.

5. Bolehkah pelajar menggabungkan modul dan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman dan Sosial (PPS) untuk memenuhi tuntutan kredit kokurikulum?

Ya, pelajar boleh menggabungkan CATS daripada modul dan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman dan Sosial (PPS) untuk memenuhi tuntutan kredit kokurikulum.

6. Bagaimanakah cara pelajar membuat tuntutan kredit kokurikulum?

Permohonan tuntutan kredit boleh dibuat melalui Sistem MyCredential. Manual bagi proses permohonan ini telah disediakan di "User manual" > "How to claim credit"

7. Bolehkah pelajar tangguh pengajian membuat tuntutan kredit?

Tidak, pelajar yang menangguh pengajian tidak layak membuat tuntutan kredit, seperti yang dinyatakan dalam Buku Peraturan Akademik (Rujuk Bahagian XII – Perkara 4).

8. Apakah yang perlu saya lakukan selepas membuat tuntutan kredit?

Selepas permohonan tuntutan kredit telah dibuat, pihak Akademi Adab akan menyemak dan meluluskan tuntutan kredit (Approved) sekiranya telah memenuhi keperluan. Kod kursus UQA1002/UQA2002 akan didaftarkan ke dalam struktur kurikulum pelajar di hujung semester.

9. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya permohonan tuntutan kredit saya ditolak?

Penolakan permohonan tuntutan kredit adalah disebabkan permohonan tidak memenuhi syarat tuntutan kredit dan pelajar perlu memohon semula tuntutan kredit. Pelajar perlu menyemak “Reason” yang telah dinyatakan di sistem MyCredential pelajar

10. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya permohonan tuntutan kredit saya ditolak?

Penolakan permohonan tuntutan kredit adalah disebabkan permohonan tidak memenuhi syarat tuntutan kredit dan pelajar perlu memohon semula tuntutan kredit. Pelajar perlu menyemak “Reason” yang telah dinyatakan di sistem MyCredential pelajar.

1. Saya telah mengikuti badan beruniform, adakah saya masih perlu mengambil modul kokurikulum?

Tidak, pelajar yang telah mengikuti latihan kadet tidak perlu mengambil modul kokurikulum lain kerana latihan kadet sudah memenuhi keperluan kokurikulum.

2. Apakah syarat utama untuk menyertai badan beruniform (BBU)?

Syarat utama termasuk: Warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. Pelajar sepenuh masa. Lulus pemeriksaan kesihatan daripada Lembaga Perubatan yang bertauliah. Memenuhi syarat ujian fizikal yang ditetapkan. Lulus saringan tapisan keselamatan (jika berkaitan). Mengikuti program yang bersesuaian dengan tempoh pengajian pelajar.

3. Bilakah pemilihan kadet baharu untuk badan beruniform (BBU) dijalankan?

Pemilihan kadet baharu dijalankan pada semester SATU (1) sahaja. Bagi pelajar yang bukan berada di semester 1 dan berminat untuk menyertai BBU, pelajar boleh membuat rayuan kepada BBU dan Akademi Adab.

4. Berapa lama tempoh latihan sehingga pentauliahan untuk setiap badan beruniform (BBU) di UMPSA?

Tempoh latihan untuk setiap badan beruniform (BBU) bagi tujuan pentauliahan adalah seperti berikut: PALAPES (Laut, Udara, Darat): 6 semester Kor SUKSIS: 6 semester Kor SISPA: 5 semester PASKAM: 4 semester Kor BOMBA: 3 semester Wataniah: 3 semester. Tertakluk kepada perubahan silibus daripada BBU yang berkaitan.

5. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh pelajar kadet jika mereka ingin menamatkan latihan kadet / keluar baris?

Pelajar yang ingin menamatkan latihan kadet perlu: Menghantar notis bertulis kepada Akademi Adab dan jurulatih BBU selewat lewatnya pada minggu ke-9 semester semasa atau dua minggu sebelum semester baharu bermula. Mengembalikan pakaian seragam, kelengkapan, dan sijil pelantikan (jika ada) dalam tempoh dua minggu selepas surat penamatan dikeluarkan atau apa-apa peralatan yang masih dalam pegangan kadet.

6. Apakah sebab-sebab kadet boleh ditamatkan latihan oleh badan beruniform (BBU)?

Kadet boleh ditamatkan latihan atas sebab-sebab berikut: Tidak mencapai tahap kecekapan yang dikehendaki. Tidak mematuhi disiplin dan melanggar peraturan badan beruniform atau UMPSA yang berkuatkuasa. Kedudukan akademik P1 dan P2 bagi semester semasa atau berturut-turut. Masalah kesihatan yang disahkan oleh Pegawai Perubatan yang bertauliah. Memperolehi keputusan Kedudukan Gagal (KGDS) pada tahun pertama.

7. Adakah pelajar yang menjalani program mobiliti ke luar negara perlu mengikuti latihan kadet?

Pelajar Kadet yang menjalani program mobiliti ke luar negara selama satu semester perlu memaklumkan kepada Akademi Adab tentang status akademik mereka. Pelajar tidak akan didaftarkan kod kursus semasa latihan bagi semester tersebut tetapi akan menyambung / mengikuti latihan bersama kadet junior apabila kembali ke kampus.

8. Apakah tindakan jika aktiviti akademik bertindih dengan jadual latihan badan beruniform?

Hari Sabtu telah diisytiharkan sebagai Hari Aktiviti Pelajar/Kokurikulum berkredit. Pensyarah/fakulti perlu memohon pengecualian latihan BBU kepada Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) jika terdapat pertindihan aktiviti akademik dengan jadual latihan badan beruniform.

Bilakah kursus UQA1002/ UQA2002 akan didaftarkan ke dalam jadual / struktur kurikulum pelajar?

UQA2002 akan didaftarkan oleh Akademi ADAB bagi pelajar yang telah melengkapkan 80 SLT (4 modul) dan telah membuat tuntutan kredit di akhir semester bagi pelajar diploma dan sarjana muda dan bagi kadet, setelah selesai 2 semester mengikuti latihan kadet BBU.